KENALI MATAWANG DAN RISIKO UNTUNG RUGI FOREX

MAJOR PAIR- Pasangan matawang yang melibatkan matawang USD sama ada sebagai BASE ataupun QUOTE currency.

- Contohnya USD/JPY dan GBP/USD.

CROSS PAIR- Pasangan matawang yang langsung tidak melibatkan matawang USD. Contohnya EUR/JPY dan GBP/CHF

Jadi Forex bermaksud membeli atau menjual sesuatu mata wang terhadap mata wang yang lain dengan tujuan untuk mendapat keuntungan.


MATA WANG YANG POPULAR DI PERDAGANKAN

EUR = “Euro” (mata wang eropah)
GBP = “Sterling atau Cable” (matawang inggris)
AUD = “Aussie Dollar” (matawang Australia)
NZD = “Kiwi” (Matawang New Zealand)
JPY = ‘Yen” ( Matawang Jepun)
CHF = “Swissy” (Matawang Switzerland)
CAD = “Dollar” Canada (Matawang Canada)
USD = “US Dollar atau Buck” (Matawang USA)

Jenis Matawang Terbahagi Kepada 3

Mata wang Direct : (EUR/USD , GBP/USD , dan matawang lain di mana USD di belakangnya.)
Mata Wang Indirect : (USD/JPY , USD/CHF , dan mata wang lain di mana usd di hadapanya.)
Mata wang Cross Rate : GBP/JPY , EUR/CHF, EUR/GBP dimana matawang tiada kena mengena dengan USD )

CONTOH :-
Buy EUR/USD bermaksud Beli EURO dan Jual USDollar
Sell USD/JPY bermaksud Jual USDollar dan beli Japan Yen

Apakah itu PIP? Pip: Minimum fluctuation or smallest increment of price movement. Pip: Perubahan kecil yg berlaku kepada pergerakan harga Cth: GU 1.9070, menjadi 1.9000, maka PIP ialah 70pips.

RUGI DAN UNTUNG DOWNTREND

- Dalam downtrend pula, anda perlu Entry SELL pada harga yang tinggi. Apabila harga semakin jatuh, maka anda akan mengaut keuntungan.

- Forex adalah berbeza dengan saham di mana keuntungan diperoleh walaupun market downtrend. Bezanya anda perlu menekan butang SELL.

CONTOH:
USJ/JPY = 90.00 -->Anda entry SELL

KENALI MATAWANG DAN RISIKO UNTUNG RUGI FOREX

Apabila harga jatuh kepada 89.99, maka anda telah untung 1 pip. Nilai 1 pip tersebut adalah terpulang kepada saiz lot yang anda pilih. Jika anda memilih saiz lot 2.00 maka anda akan mendapat untung USD2 untuk setiap pips yang turun. Jika harga turun sebanyak 10 pips, maka anda akan mendapat keuntungan sebanyak USD20.

- Kerugian berlaku apabila anda melawan trend iaitu anda BUY sewaktu trend menunjukkan downtrend. Setiap pips yang bergerak turun, akan membuatkan anda mengalami kerugian.

RUGI DAN UNTUNG DALAM UPTREND

- Apabila anda memasuki pasaran (ENTRY/OPEN) pada waktu yang betul, atau mengikut trend pasaran, maka anda akan memperolehi keuntungan.

- Keuntungan dalam Uptrend adalah apabila anda ENTRY BUY pada harga yang rendah dan anda EXIT pada harga yang tinggi.

- Semakin tinggi harga tersebut pergi, semakin tinggi keuntungan anda.

CONTOH:USD/JPY = 98.00 --> Anda Entry BUY.

Apabila harga bergerak ke 98.01, maka anda telah memperolehi keuntungan 1 pips. Nilai 1 pips tersebut adalah bergantung kepada saiz lot yang anda pilih. Jika anda memilih saiz lot mikro 0.50, maka anda telah untung sebanyak USD0.50.

- Apabila anda berada dalam Uptrend tetapi anda tersilap memilih untuk SELL, maka setiap 1 pips anda akan mengalami kerugian. Juga terpulang kepada saiz lot yang anda pilih.

JENIS- JENIS ORDER


Dalam urusniaga Forex, tidak hanya ada order BUY dan SELL sahaja.Ada lagi beberapa jenis order lain yang perlu kita ketahui. Terdapat dua (2) kategori penting dalam order iaitu INSTANT ORDER dan juga PENDING ORDER.

INSTANT ORDER- Instant Order adalah order yang transaksinya dilaksanakan serta merta.
Dalam instant order pula terdapat 3 jenis order iaitu:

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEjMyYhumNH-ww047f6qC1idXqpwg2fP0kt-hSADf79PqPMvqLKWZ2j9UTtaKfdV1R5rJPEeUMNtYGpIuOZZGEDNXXkVqejNd30XDXjzgTrcOC9ZgtfZnZbrwtgfY_vjWmimzB0bPK34w7c/s1600/forex.jpg

- BUY
- SELL
- CLOSE
PENDING ORDER adalah order yang dibuat dahulu tetapi dilaksanakan kemudian.

Ia sama seperti tempahan.

Transaksi akan dilakukan apabila harga pasaran mencecah harga yang ditempah oleh trader.

Selagi harga pasaran sesuatu pair tidak mencecah harga tempahan trader, urusniaga ini tidak akan dilaksanakan.

Terdapat beberapa order di dalam Pending Order iaitu BUY STOP, BUY LIMIT, SELL STOP, SELL LIMIT, TAKE PROFIT, STOP LOSS, dan juga TRAILING STOP.

BUY
- BUY adalah order untuk kita membeli matawang base (USD/JPY), dan dalam masa yang sama kita akan menjual 1 unit matawang quote (USD/JPY).

- Anda hanya perlu menekan butang ‘BUY’ pada platform untuk membuat pembelian. Urusniaga anda akan di laksanakan serta merta pada waktu tersebut.

- Order BUY harus dilakukan pada waktu trend menaik kerana semakin tinggi harga naik berbanding harga kita BUY, semakin tinggi keuntungan yang kita perolehi.

SELL
- SELL adalah order untuk menjual matawang base dan dalam masa yang sama membeli 1 unit matawang quote.

- Anda hanya perlu menekan butang ‘SELL’ pada platform untuk membuat order tersebut. Urusniaga anda akan dilaksanakan serta merta pada harga semasa.

- SELL perlu dilakukan apabila trend pasaran menurun, kerana semakin rendah harga pasaran berbanding harga yang kita SELL, semakin banyak keuntungan yang kita perolehi.

BUY STOP- BUY STOP adalah order untuk anda membuat entry BUY pada harga yang LEBIH TINGGI daripada harga semasa.

CONTOH:

Harga USD/JPY sekarang adalah 90.00, tetapi anda tidak mahu BUY pada harga ini, anda mahu BUY pada harga yang lebih tinggi iaitu 90.50.

Maka anda perlu pending ‘BUY STOP’ pada harga USJ/JPY 90.50. Sekiranya harga telah mencecah 90.50, urusniaga BUY anda akan di mulakan.

BUY LIMIT
- BUY LIMIT adalah berlawanan dengan Buy Stop. Jika Buy Stop kita tempah harga lebih tinggi dari harga semasa, BUY LIMIT adalah tempahan untuk BUY pada harga LEBIH RENDAH daripada harga semasa.

CONTOH:

Harga USD/JPY adalah 90.00, tetapi anda tidak mahu BUY pada harga ini, sebaliknya anda mahu tunggu harga turun sedikit sehingga 89.50 untuk mula BUY.

Anda tidak perlu tunggu di depan komputer anda sehingga harga turun ke tahap 89.50.

Anda hanya perlu pending ‘BUY LIMIT’ pada harga yang anda mahukan, dan anda boleh tinggalkan komputer anda.

Urusniaga BUY akan dijalankan secara automatik sekiranya harga turun dan mencecah harga yang anda mahukan

SELL STOP- SELL STOP adalah bermaksud anda mahu membuat entry SELL tetapi pada harga yang LEBIH RENDAH dari harga semasa.

Tidak perlu menunggu harga turun ke paras yang anda mahukan untuk SELL, anda boleh pending SELL STOP.

Kemudian anda boleh pergi ke mana-mana yang anda suka kerana platform akan menguruskan transaksi SELL untuk anda apabila harga turun mencecah paras harga yang anda mahukan.

SELL LIMIT
- SELL LIMIT pula adalah tempahan untuk anda melakukan urusniaga SELL tetapi pada harga yang LEBIH TINGGI daripada harga semasa.

TAKE PROFIT
-TAKE PROFIT bermaksud anda meletakkan satu target keuntungan dalam urusniaga anda.

Transaksi akan di tutup serta merta apabila harga telah mencapai target profit anda.

Baki dalam akaun trading anda akan bertambah.

Anda boleh memilih untuk menutup transaksi secara manual tetapi dalam keadaan pasaran yang bergerak laju, platform biasanya akan mengalami masalah untuk melakukan arahan anda.

Jadi adalah lebih baik anda meletakkan satu paras harga sebagai target anda dan anda boleh tinggalkan komputer anda.

- Kebanyakan broker meletakkan had untuk Take Profit (TP) adalah sebanyak 10pips dari harga semasa.

STOP LOSS
- STOP LOSS adalah berlawanan dengan Take Profit. Jika Take Profit adalah target keuntungan yang anda mahukan, Stop Loss adalah paras kerugian yang sanggup anda tampung sekiranya berlaku kerugian (reversal) dalam transaksi yang anda lakukan.

- Stop Loss menyelamatkan anda dari terus kerugian seterusnya kehilangan lebih banyak modal.

- Dengan meletakkan Stop Loss, transaksi anda akan di tutup secara automatik jika ia telah mencapai paras kerugian yang telah anda tetapkan.

TRAILING STOP
- TRAILING STOP adalah STOP LOSS yang sangat unik kerana ia akan bergerak mengikut keuntungan yang anda perolehi.

Semakin jauh keuntungan yang anda perolehi, semakin jauh Stop Loss ini akan mengikut di belakang (mengikut jarak yang anda tentukan).

Sekiranya berlaku reversal pada pasaran, Transaksi anda akan terhenti setakat garisan Stop Loss ini sahaja.

Jadi anda masih dapat menutup transaksi dalam keadaan positif (untung) walaupun market sudak berpatah balik.

CONTOH:-Anda melakukan entry BUY USD/JPY pada harga 90.00. Dan menetapkan Trailing Stop sebanyak 15 point.

-Katakan price bergerak ke 90.15, garisan Trailing Stop Loss (TS)akan muncul di 90.00.

-Sekiranya price meningkat satu pips ke 90.16, maka garisan TS ini akan mengikut juga sebanyak 1 pips dari 90.00 ke 90.01.

-Sekiranya pasaran berpatah balik, transaksi anda akan di tutup pada harga 90.01 (pada garisan TS).

-Bermakna anda masih keuntungan sebanyak 1 pips walaupun pasaran telah berpatah balik. Jika pasaran tidak berpatah balik, garisan Trailing Stop Loss ini akan terus mengikut sebanyak 15 pips di belakang harga semasa.

-Semakin jauh harga bergerak, semakin jauh TS ini mengikut.

- Walau bagaimanapun, TS ada sedikit kelemahan iaitu tidak dapat berfungsi jika anda menutup komputer atau menutup platform.

-Ia akan mula berfungsi semula ketika anda membuka kembali platform trading anda.

Tag : Forex
0 Komentar untuk "KENALI MATAWANG DAN RISIKO UNTUNG RUGI FOREX"

Back To Top